hyep hyep...
assalamualaikum people =)
tajuk karangan ; sambutan hari guru smktmkp
bergila kamera selepas penat bersenam aerobic ala-ala kpop
ahahaha
tadi konon-konon nak letak 'wordless wednesday' je.. sebab tiba-tiba teringat 'eh hari ni rabu'...hahaha
sebelum ni dah hari khamis baru teringat akan wordless wed jadi ingatkan nak diletak satu pic saje tadi. tapi bila difikir2 balik, letak satu gambar idaklah teman dapat membajet sek teman ini best...kah3.. [mintak pelempang 2,3 kali]
so here u are, reading my new entry =)
melangkah masuk ke tingkatan 6 atau sudah melalui proses penjenamaan semula dengan menukar nama kepada pra-universiti.... sudah tentunya ada sesi orientasi y akan dijalankan.
sesi orientasi sebanyak 2 minggu diselitkan dengan aktiviti 'senior membuli junior', ice breaking, sesi taklimat bla bla bla serta ceramah-ceramah bagi setiap subjek diambil.
minggu ketiga pula adalah minggu ini,dimana kami sudah dibahagikan kelas dan duduklah kami melepak di dalam kelas sambil berkenal-kenalan kerana cikgu sangat busy tak dapat masuk.ngehehe
pada minggu y sedikit membosankan namun ceria kerana tetap boleh makan sandwich makcik koperasi, berlangsungnya sambutan hari guru peringkat sekolah bersamaan hari rabu 23 mei 2012.
suasana y sungguh ceria menyelubungi persekitaran universiti sekolah semasa senam aerobik berlatar belakangkan lagu dan tarian korea serta hindustan diadakan.
inilah bangunan utama universiti sekolah teman
selepas sesi mengeluarkan lemak tepu dalam badan, kami dihiburkan dengan pertandingan karaoke oleh para pelajar y mengambil bahagian. keadaan menjadi sunyi apabila tiba-tiba elektrik putus.haha
jadi bermuram durja lah seorang anak teruna y baru shj mahu mendendangkan lagu wali band y aku pun tidak tahu apa tajuknya.
selepas rehat masing-masing masuk ke kelas dan membuat hal masing2.
ada y bergedik2 dihadapan kamera ehem-ehem dan ada juga y menghiburkan diri sendiri dengan nyanyian sendiri bersama petikan gitar juga oleh diri sendiri
gambar bersama the next najwa latif in the making juga tidak harus dibiarkan sepi di dalam laptop jadi harus dibiarkan menjadi tontonan ramai.hee
karangan: sambutan hari guru smktmkp 23 mei 2012
markah: infinity
komen guru: tidak ada format esei y membenarkan pelajar meletakkan gambar serta menulis esei di dalam laman online seperti ini. KAH.KAH.KAH
adios,
ps: mira&minho